CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 10, 2009

Dr.Normaliza C.V


Nama: Dr.Normaliza Binti Abd Rahim
Tarikh Lahir: 07 Oktober 1961
Kerjaya: Pensyarah Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Kelayakan: Ph.D (Notinggham, UK), M.ScB.Ed(TESL)
Cert.in Education(Malaya), Cert.in ICT(Cambridge)
Cert.in IT(London)

Biodata Empunya Blog


Nama - Wan Mohd Shuqrie Bin Wan Ahmad

Nickname - Badikx

Tarikh Lahir - 18 Februari 1985

Tempat Lahir - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Umur - 24 Tahun

Cita - Cita - Filem Editor

Hobi - Main Muzik / Main Guitar Bass

Impian - Memiliki Guitar Bass Ibanez SG 5 String

Warna Kegemaran - Hitam / Putih / Coklat

M. Kegemaran - Ayam Goreng

M. Kegemaran - Coke / Teh O Ais / Air Buah

Adik beradik - No.3 dari 5 orang

Gambar - Gambar Tuan Punya Blog

Korang tau tak aku yang mana 1??aduh..mesti la yang cute mute 2..keskeskeskes~!!!ini la band aku NAMELESS..aku memang gila skit pasal muzik..lagi - lagi dengan drummer aku..korang tau tak drummer aku yang mana 1?? ala...mestila yang pegang kayu tu..kalo citer pasal muzik mesti sampai tak tido dan tak berhenti..gambar ni diambil oleh member yang tidak dikenali..maksudnye jurugambar penganjur yang ambil..band aku dapat no 4..tapi yang paling best tu..impian aku selama ini ak u kecapi akhirnya..aku dapat pemain gitar bass terbaik dalam battler of the band 2009 yang dianjurkan oleh Kolej ke 10..aku tak takbur..tapi bongkak sikit je..hehehehehe..aku bersyukur kepada tuhan sebab usaha aku tak sia - sia la..so pasni kalo nameless main gig jgn terkejut k..support our local band dan support NAMELESS.

Apa - apapun aku nak tanya korang..mana satu aku?? cepat teka..cepat la..jangan la malas??mana aku??? yela3x..aku mesti la yang cute mute tu..ala yang paling kanan sekali..cantik tak gambar ni..aku yang edit..hasil dari kelas Bahasa dalam Multimedia..hehehehe~!!!gambar di diambil masa aku dan NAMELESS kat Port Dickson..saja jalan - jalan..masa tu pukul 10 malam..kami tak tahu nak buat..so kawan - kawan aku yang gila ni..ajak buat gila..so kami terjah la Port Dickson..gambar nie aku edit gun Adobe Photoshop je..aku guna effect...Ermm...apa ek??eh3x..bukan3x..aku adjust Hue and Saturation, Level dan aku main - main skit kat Curve..cantik tak..aku bukan apa..saja kasi gambar ni nampak lebih hidup lagi..ini la hasil lepas aku join kelas Dr.Normaliza..tak rugi beb..kalau korang yang kat luar sana..yang sukakan kreativiti..masuk la kelas dia..ala.kalo tak dapat masuk sebab dah penuh..pergi jumpa dia dan mintak tandatangan..kan abes keje...wakakakakakakaka~!!

APA~!!!..kenapa~!!korang gelak tengok muka aku..ala korang ingat korang hensem ker..ek ele~!!!hurm..tak da aku gurau jer..jangan la emosional dan sensitif pula..aku tak suka la orang - orang yang sensitif dan emosional..Dr.Normaliza pun mesti tak suka..jap2x..sebelum tu aku just nak bagitau korang pasal gmbar ni..aku rasa masa ni aku macam artis..orang tanya pasal band aku..maksudnye orang interview la..daripada progynova production..production dalam UPM je..kalau dari luar..aku takda la pakai pakaian yang sebegini supa..kena la smart skit..aku laku..masa ni aku dengan line - upm band aku..NAMELESS..sorang demi sorang kena interview..so cakap je la apa yang ditanya..masa ni aku semester 3 ke semester 4..aku pun lupa..tapi tempat interview berjalan dekat studio Kolej Pendeta Zaba..sekurang - kurangnya aku ada pengalaman la kena interview bab - bab macam nie....hehehehe..seronoknya..wakakakakakakakakakakaka~!!

Ketika & Kalimat - Assignment Terakhir BBM3410

Nama saya Wan Mohd Shuqrie Bin Wan Ahmad. Saya seorang pelajar dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. Saya mengambil jurusan dalam bidang Komunikasi dan pengkhususan dalam bidang penyiaran. Saya juga merupakan pelajar tahun akhir iaitu saya di semester 6. Bidang yang saya ambil ini banyak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang menggunakan teknologi. Apa yang saya ingin ceritakan adalah pengalaman saya sepanjang saya mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia iaitu BBM 3410 yang mana subjek itu diajar oleh seorang pensyarah yang tegas, agak garang dan manis apabila senyum iaitu Dr.Normaliza Binti Abd Rahim. Beliau seorang pensyarah yang mementingkan ketepatan masa dan seorang pensyarah yang menginginkan pelajar-pelajarnya menjadi seorang yang perfect dalam membuat kerja, menghasilkan karya dan ’perfect’ dalam pelbagai sudut. Pada mulanya boleh dikatakan kesemua pelajar yang tidak pernah mengambil dengan beliau akan terperanjat termasuklah saya dengan cara dan etika beliau semasa mengendalikan kelas. Akan tetapi, apabila sudah berada di dalam kuliahnya selama sebulan akan berasa tidak hairan dan akan menjadi lebih seronok lagi. Multimedia digunakan dalam banyak perkara, seperti sistem maklumat multimedia, komputer multimedia, perisian multimedia dan lain-lain lagi. Multimedia juga boleh didefinasikan sebagai kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus untuk menggabungkan bunyi, gambar-gambar statik dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama dengan keupayaan interaktif sesebuah komputer. Itu adalah salah satu ilmu yang diturunkan oleh Dr.Normaliza kepada pelajar-pelajarnya, jadi tidak mustahil yang saya memang mengambil sepenuh perhatian di dalam kelasnya walaupun kadang-kadang saya seorang yang agak kelam kabut dan juga tidak berdisiplin dan mungkin seorang yang leka. Akan tetapi, setelah saya mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia, saya merasakan bahawa masa itu adalah emas, maksudnya bukan dari aspek datang awal ke kuliah tetapi dari aspek membuat kerja-kerja yang diberikan di dalam kuliah tidak kiralah samaada ianya adalah kerja kumpulan atau kerja individu. Saya dapat merasakan bahawa saya menjadi lebih matang dalam menguruskan masa, menyiapkan kerja-kerja dan menghormati masa. Walaupun Dr.Normaliza tegas dan agak garang tetapi saya dapat merasakan kesan daripada tegas dan garang beliau itu. Seingat saya lagi, kerja pertama yang diberikan pada kumpulan saya dan rakan-rakan iaitu kumpulan Broadcaster. Kerja pertama sewaktu awal permulaan kuliah untuk subjek Bahasa dalam Multimedia iaitu membuat majalah. Waktu itu, Dr.Normaliza menerangkan tentang Asas Grafik. Beliau meminta untuk membuat membawa majalah, gam dan gunting dan menyuruh untuk membuat poster yang terdapat dalam majalah yang kami bawa mengikut konsep asas grafik yang diterangkan oleh beliau. Setiap kumpulan diberikan masalah sebelum pukul 2 petang untuk menyiapkan dan sekali gus menghantar kerja yang diberikan. Cuba bayangkan dalam masa yang singkat kami diarahkan untuk menyiapkan kerja kumpulan yang diberi. Untuk memenuhi kehendak subjek dan mendapatkan markah yang tinggi kami sekumpulan membuat poster yang mengandungi konsep asas grafik dengan penuh teliti dan cermat kerana Dr.Normaliza sangat pentingkan kekemasan kerja tidak kira samaada kerja kumpulan mahupun individu. Pada waktu itu kami berhempas pulas dan bermati-matian untuk menyiapkan kerja dan menghantar sebelum pukul 2 petang. Masa yang diberikan adalah lebih kurang 1 jam setengah. Apa yang saya dapat huraikan daripada kejadian itu, Dr.Normaliza sebenarnya ingin semua pelajar – pelajarnya bekerja dibawah tekanan. Ini mungkin bertujuan untuk melatih diri setiap pelajar apabila sudah berada di alam pekerjaan yang sebenarnya dan dengan itu kemungkinan kita untuk mendapat stress apabila bekerja adalah kurang. Itu adalah satu tips yang memang bagus untuk pelajar-pelajar semester akhir khususnya tidak kira dari jurusan komunikasi mahupun dari jurusan bahasa melayu linguistik dan bahasa melayu sastera. Apa yang bagus diterapkan kita akan semai ke dalam jiwa supaya ianya boleh digunakan untuk kemudian hari. Banyak perkara yang boleh saya pelajari sejak mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia ini. Kita tidak boleh jangka yang mana subjek bahasa dalam multimedia ini melibatkan kita menggunakan kamera. Setahu saya, apabila kita mengambil subjek fotografi dan juga subjek video yang mengalakkan pelajar-pelajar untuk menggunakan kamera. Pada mulanya saya berasa hairan kenapa dan apa sebabnya Dr.Normaliza inginkan pelajar-pelajarnya membawa kamera? Mungkin untuk bergambar di dalam kelas?. Tetapi kamera itu digunakan untuk menangkap gambar nota-nota kuliah. Pelik dan hairan saya menjadi semakin tinggi peratusnya. Kenapa agaknya Dr.Normaliza berbuat demikian? Setelah saya bertanya kepada rakan kumpulan saya barulah saya tahu bahawa di dalam dunia ini jika kita inginkan kejayaan kita haruslah mencari dan bukan meminta dan bukan menunggu untuk orang menyuapkan. Sejak dari itu barulah saya mengerti kenapa Dr.Normaliza menyuruh pelajar-pelajarnya mengambil nota dengan menggunakan kamera. Keperatusan hairan dan pelik saya menjadi semakin rendah kerana persoalan yang selama ini saya fikirkan kini sudah terjawab. Selain daripada itu, kamera juga digunakan untuk membuat kerja-kerja kumpulan iaitu Dr.Normaliza memberi tugas untuk menangkap gambar yang mengandungi konsep asas grafik dan gambar tersebut mestilah mempunyai makna khususnya dari segi makna yang menjurus kepada simpulan bahasa atau perkara-perkara yang membawa kepada kearah nasihat. Gambar mestilah 20 keping dan lain – lain ’pose’. Saya dan kumpulan broadcaster berhempas pulas sekali lagi untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan. Akan tetapi, untuk kerja kumpulan pada kali ini, saya tidak berasa tekanan kerana kerja yang diberikan oleh Dr.Normaliza kali ini lebih kepada santai. Kepala saya sekali lagi memikirkan kenapa Dr.Normaliza berbuat demikian, kenapa pada kali ini beliau memberikan kerja yang kurang tekanan berbanding kerja kumpulan yang lepas. Pelik dan hairan saya menjadi semakin tinggi peratusnya dan untuk mendapatkan jawapan saya bertanyakan kepada ahli kumpulan saya. Apabila diterangkan jadi saya fahamlah kenapa Dr.Normaliza berbuat demikian. Ini bertujuan untuk menarik semula perhatian pelajar. Sekarang barulah saya faham kenapa Dr.Normaliza berbuat demikian.

Di dalam kelas Bahasa dalam Multimedia, bermacam-macam jenis ilmu yang saya perolehi. Saya diterangkan macam mana untuk menghasilkan storyboard, menghasilkan blog, menggunakan Adobe Photoshop dan lain-lain lagi. Di dalam subjek Bahasa dalam Multimedia, Dr.Normaliza mengadakan kelas lab iaitu kelas yang membuat kerja-kerja yang lebih kepada praktikal sebagai contoh bagaiman untuk menggunakan perisian-perisian seperti Adobe Photoshop, membuat kalendar dan lain-lain lagi. Kelas lab ini dikendalikan oleh Cik Aliya iaitu tutor untuk subjek Bahasa dalam Multimedia dan merupakan seorang pensyarah dari Kuala Lumpur Infrastucture University of College (KLIUC) dan juga merupakan anak kepada Dr.Normaliza. Di dalam keals lab itu, cik Aliya banyak mengajar bagaimana untuk menggunakan perisian-perisian dan juga bagaimana untuk mengendalikan komputer atau PC iaitu Personal Computer. Kelas lab itu diadakan pada hari khamis iaitu pada pukul 8 malam hingga 10 malam. Walaupun letih dan penat setelah mengharungi cabaran-cabaran untuk kelas pada waktu siang, saya tetap juga hadir untuk mempelajari tentang lab yang diadakan oleh cik Aliya. Ini kerana saya merasakan bahawa itu adalah perkara-perkara yang penting dan berkaitan dengan jurusan yang saya sedang ambil iaitu Komunikasi Penyiaran. Untuk tugasan yang pertama apabila saya memasuki kelas lab itu adalah semua pelajar yang mengambil kelas lab pada malam itu mestilah membuat slide show penbentang secara automatik berkenaan dengan hal ehwal dunia. Cik Aliya juga seperti Dr.Normaliza merupakan seorang yang tegas dan agak garang. Cik Aliya memberitahu bahawa tajuk tidak boleh sama dengan orang lain. Jadi saya cepat-cepat memilih untuk membuat tajuk berkenaan dengan lima bangunan tertinggi di dunia. Di dalam kelas lab itu, kami didedahkan kepada bagaimana untuk menggunakan perisian Microsoft Power Point. Walaupun sebelum ini saya pernah guna untuk membuat perbentangan pada kelas dan subjek yang lain tapi kami masih diajar dengan lebih praktikal untuk menggunakan Microsoft Power Point ini. Sebenarnya banyak perkara – perkara yang saya tidak banyak titik beratkan di dalam perisian tersebut. Rupa-rupanya banyak fungsi di dalam perisian tersebut, sebelum ini saya tidak tahu bagaiman untuk membuat slide itu bergerak secara automatik, tetapi di dalam kelas lab Bahasa dalam Multimedia, kami diajar bagaimana untuk berbuat demikian. Selain daripada itu, kami diajar untuk menggunakan perisian Adobe Photoshop iaitu perisian untuk mereka gambar. Adobe Photoshop merupakan perisian yang canggih yang mana digunakan oleh pereka – pereka gambar. Di dalam perisian Adobe Photoshop gambar boleh ubah menjadi lebih cantik mengikut citarasa tersendiri. Kami diajar bagaimana untuk mengubahsuai gambar daripada tidak cantik kepada gambar yang cantik sebagai contoh di dalam perisian Adobe Photoshop, fungsi smudge adalah fungsian untuk menjadikan gambar atau wajah cantik. Dengan menggunakan fungsi smudge jerawat – jerawat yang ada pada gambar atau muka seseorang boleh dihilangkan. Selain itu, dalam perisian Adobe Photoshop terdapat pelbagai saiz iaitu saiz untuk membuat banner , saiz untuk membuat banting, saiz untuk membuat billboard dan pelbagai saiz megikut kehendak atau kerja – kerja yang diinginkan. Pelajar seperti saya yang mengambil jurusan dalam bidang Komunikasi Penyiaran adalah bagus dan penting untuk menggunakan perisian Adobe Photoshop ini. Perisian ini penting kerana dalam bidang yang saya ceburi ianya banyak melibat proses – proses untuk meghasilkan gambar – gambar dan juga imej – imej yang memerlukan konsep asas grafik bagi menjadikan gambar itu kelihatan lebih sempurna dari asal dan ini bermaksud perisian Adobe Photoshop merupakan suatu perisian yang amat penting, bagus dan bersesuaian untuk memberikan atau menghasilkan gambar dan juga imej seperti yang disebutkan. Selain dari itu, mengikut cita – cita yang saya ingin capai iaitu Filem Editor, saya seharusnya mahir untuk menggunakan perisian – perisian yang berguna seperti Adobe Photoshop ini kerana ia adalah suatu yang penting dan berkaitan dengan cita – cita saya selain menghasilkan satu video yang berkualiti dan mempunyai nilai yang tersendiri. Di dalam subjek Bahasa dalam Multimedia, tenaga pengajar bukan hanya Dr.Normaliza Binti Abd Rahman sahaja tetapi terdapat dua orang pensyarah atau tenaga pengajar iaitu Dr.Arbaie Sujud yang merupakan pensyarah untuk subjek Bahasa dalam Multimedia. Beliau merupakan seorang pensyarah yang lebih menekankan dalam pengajaran berkenaan dengan papan cerita atau dalam bahasa inggeris adalah ’story board’. Walaupun beliau hanya masuk mengajar selama 2 kali sepanjang semester tetapi beliau banyak menurutkan dan memberi ilmu – ilmu papan cerita yang paling terkini. Sepanjang di dalam kelas Dr.Arbaie Sujud, saya di dedahkan kepada banyak perkara – perkara yang berkaitan dengan papan cerita ataupun story board. Selain dari itu, beliau juga menunjukkan bagaimana untuk menghasilkan cerita dengan menggunakan papan cerita. Beliau juga ada menunjukkan dokumentari menghasilkan papan cerita tentang sebuah cerita komik iaitu dari penerbitan beliau sendiri. Setelah menerangkan bagaimana untuk menghasilkan papan cerita atau ’story board’, beliau memberi tugasan kumpulan iaitu setiap kumpulan mestilah menghasilkan tiga papan cerita yang bertajukkan isu tsunami. Setelah mengetahui bagaimana cara untuk menghasilkan papan cerita, kami sekumpulan iaitu kumpulan broadcaster menghasilkan tiga papan cerita mengikut prosedur yang diterangkan dan mengikut kehendak tenaga pengajar iaitu Dr.Arbaie Sujud. Akan tetapi pada kelas yang seterusnya, saya ingin memohon maaf kepada Dr.Arbaie Sujud kerana saya telah membuat kesalahan dalam kuliah beliau sehingga beliau marah. Atas nasihat dari Dr.Normaliza saya berjumpa dengan Dr.Arbaie Sujud untuk menyatakan maaf saya pada kelas yang lepas kerana kelekaan dan kecuaian yang ada pada diri saya menyebabkan beliau menjadi marah pada hari itu.

Dalam subjek Bahasa dalam Multimedia ada diberikan tugasan berkenaan dengan rumah kebajikan anak – anak yatim. Kesemua kumpulan yang ada di dalam subjek Bahasa dalam Multimedia ini dikehendaki untuk membuat amal kebajikan terhadap rumah anak – anak yatim ini. Kami kumpulan broadcaster telah memilih untuk membuat kebajikan di rumah anak – anak yatim yang terletak di Beranang. Akan tetapi kumpulan lestari telah menyatakan hajat mereka untuk bergabung kumpulan dengan kumpulan kami. Kami dua kumpulan telah mengadakan perjumpaan yang mana ianya berkenaan dengan pemilihan tempat untuk membuat amal kebajikan. Setiap ahli dari kedua – dua kumpulan iaitu broadcaster dan lestari telah memberi beberapa rumah kebajikan anak – anak yatim seperti rumah anak – anak yatim di danau kota, rumah anak –anak yatim di kajang, rumah anak – anak yatim di semenyih dan rumah anak – anak yatim di seremban. Sebanyak 2 jam untuk memikirkan tempat untuk mengadakan amal kebajikan dan akhirnya ketua kumpulan lestari menentukan keputusan untuk bahawa amal kebajikan akan diadakan di rumah anak – anak yatim di puchong dan keputusan itu dipersetujui oleh kedua – dua ahli kumpulan. Setelah selesai membuat pemilihan untuk menentukan tempat, kami berbincang untuk membuat organisasi ke atas kedua – dua kumpulan. Banyak jawatan yang diadakan. Mohizam Shah selaku pengarah program, Wan Mohd Shuqrie selaku penolong pengarah program, Amiro Faizal selaku ahli jawatankuasa sukan dan ramai lagi yang menyandang jawatan – jawatan seperti ahli jawatan kuasa makan, ahli jawatankuasa hadiah dan cenderahati, bendahari, setiausaha dan banyak lagi jawatan. Kesemua jawatan – jawatan ini dibuat adalah bertujuan untuk menjadikan sesuatu organisasi itu menjadi lebih terancang dan sistematik. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk mejadikan ahli – hali kumpulan melakukan kerja – kerja yang ditugaskan dengan lebih efektif dan lebih efisien. Tugasan – tugasan adalah dibahagikan kepada ahli – ahli kumpulan supaya ianya tidak membebankan pada seorang pihak sahaja. Apa yang saya dapat lihat ialah, kumpulan broadcaster dan kumpulan lestari menjadi lebih rapat dan intim setelah banyak melakukan kerja bersama. Ini akan menjadikan sesuatu organisasi itu lebih telus dan tiada apa yang akan disimpan dalam hati jika berlaku perselisihan. Setelah organisasi tertubuh, kami mengadakan perjumpaan untuk melihat apa progress yang adal pada setiap ahli jawatankuasa. Pengarah program sangat mengambil berat akan ahli jawatankuasanya. Beliau bukan seorang yang hanya bercakap sahaja, tetapi beliau juga membuat kerja – kerja seperti berjumpa dengan pengurus rumah anak yatim di puchong iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih. Saya dan ahli jawatankuasa sukan iaitu Amiro Faizal telah merancang pelbagai jenis permainan atau sukan yang mana akan diselitkan di dalam program yang akan kami adakan. Selain dari itu, kami juga pergi membeli barangan keperluan yang mana akan digunakan pada hari kejadian seperti belon, baldi, tepung yang akan digunakan untuk sukaneka dan pelbagai lagi barangan akan dibeli hanya semata – mata untuk menjayakan program dan memberikan keceriaan, kegembiraan dan kebahagian kepada anak – anak istimewa ini iaitu anak – anak yatim. Itu adalah objektif dan tujuan utama dan sebenar kami selain daripada bermain dan makan – makan bersama. Setelah semua persediaan telah siap dilakukan dan segala telah diatur. Kami sekumpulan berjumpa dengan Dr.Normaliza untuk bertanyakan pendapat beliau tentang persediaan yang telah kumpulan broadcaster dan lestari lakukan. Tapi malangnya, pada hari perjumpaan dengan Dr.Normaliza salah seorang dari kumpulan kami tidak dapat hadir kerana beliau pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan hasil tajaan dari Utusan Karya dan juga mastika. Seperti yang kami kedua – dua kumpulan iaitu broadcaster dan lestari sedia maklum bahawa Dr.Normaliza mementingkan kesepakatan kumpulan. Ini bermaksud bahawa ketidakhadiran seorang ahli kumpulan pun, kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya. Walaupun ada rasa tidak puas hati dikalangan kedua – dua kumpulan, kami tetap faham bahawa Dr.Normaliza lakukan semua itu adalah bertujuan untuk menjadikan kumpulan kami peka, berdisiplin, tidak cuai atau leka dan mementingkan semangat berkumpulan bak kata pepatah, bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh. Kami juga faham dan tidak salahkan ahli kumpulan kami yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari itu. Walaupun Dr.Normaliza seorang yang tegas, tetapi beliau mempunyai hati yang lembut dan kami diberi kebenaran untuk berjumpa dengannya. Sewaktu kami berjumpa dengan Dr.Normaliza, beliau hanya ingin tahu apa progress dari organisasi dan setiap ahli kumpulan seharusnya tahu akan peranan mereka. Satu persatu ditanya oleh Dr.Normaliza. Kami sedar yang kami tidak berada ditahap sempurna dalam membuat persediaan. Walaupun ada pertanyaan yang ditanya oleh Dr.Normaliza kami tidak dapat jawab itu tidak bermaksud kami tidak tahu apa yang kami buat. Banyak benda yang dibetulkan oleh Dr.Normaliza ke atas kumpulan kami. Setiausaha kami iaitu shikin banyak membuat kesalahan di dalam menyediakan surat menyurat yang diperlukan. Tetapi kami diberi tunjuk ajar oleh Dr bagaiman untuk membuat surat dengan betul dan kepada siapa surat itu harus ditujukan. Selain dari itu, pengarah program kami iaitu Mohizam Shah memberi penerangan kepada Dr.Normaliza sedikit sebanyak berkenaan dengan aturcara program yang akan kami adakan. Amiro Faizal selaku ahli jawatankuasa sukan menerangkan apa yang akan dilakukan pada sesi sukaneka dan Dr.Normaliza telah persetujui dengan apa yang dibentang oleh ahli jawatankuasa sukaneka. Selain itu, saya juga turut memberikan penerangan berkenaan dengan sesi latihan dalam kumpulan (LDK) yang akan diadakan pada hari kejadian. Saya menerangkan kepada Dr.Normaliza bahawa sesi latihan dalam kumpulan yang akan kami adakan lebih kepada memberi penyesuaian kepada anak – anak istimewa itu bagaimana untuk berfikir luar kotak iaitu berfikir dengan penuh kreativiti. Kami menyedia setiap kumpulan kertas mahjong yang mana setiap kumpulan dikehendaki untuk melukis logo kumpulan masing – masing dan juga menyenarai apa 5 impian yang mereka impikan. Ini bertujuan bahawa supaya mereka mempunyai kesedaran bahawa ilmu adalah sanagat penting. Apa yang kami perkatakan itu juga akan kami titik berat serta semaikan di dalam hati kami kumpulan broadcaster dan lestari. Selepas mengadakan perjumpaan denga pensyarah kami Dr.Normaliza kami membuat semula perjumpaan antara kami lestari dan juga broadcaster. Saya dan pengarah program membincangkan semula apa sahaja kekurangan yang harus diperbetulkan supaya program yang kami hendak adakan ini tidak menimbulkan sebarang kecatatan yang ketara.

Untuk menjadikan sesebuah perancangan itu terancang dengan sempurna semula kami telah membuat perbincangan dan menyusun semula aturcara dari permulaan hingga akhir program. Selain dari itu, pengarah program menerangkan semula peranan setiap ahli jawatankuasa dari aspek fungsi jawatan dan apa yang perlu dilakukan pada hari kejadian. Selain itu, beliau juga melihat mana – mana perkara yang terlepas pandang seperti lupa bila untuk kek diambil kerana pada hari kejadian kami kedua – dua kumpulan akan bergerak dari Universiti Putra Malaysia pada pukul 6.50 pagi untuk pergi ke Rumah Amal Limpahan Kasih. Jadi perancangan disusun semula. Apabila selesai sahaja dan ke semua ahli kumpulan bersetuju dengan apa yang dirancang, masing – masing menyiapkan kerja yang perlua dibuat kerana ingin mengelakkan dari berlakunya masalah. Pada hari kejadian kami telah sepakat untuk berjumpa di latar siswa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pada pukul 6.30 seperti yang telah dirancang. Setelah ke semua ahli kumpulan tiba kami terus bertolak ke Rumah Amal Limpahan Kasih yang terletak di Puchong. Setibanya kami disana terdapat sedikit masalah iaitu pada hari yang sama Universiti Teknologi Mara juga membuat program yang sama di asrama lelaki. Akan tetapi, pengurus dan pengetua rumah amal tersebut mengatakan bahawa program kami tetap akan berjalan dan ianya akan diadakan di asrama wanita yang terletak di taman perumahan puchong perdana yang teretak kira – kira 2 kilometer dari asrama lelaki. Setibanya kami disana, kami terus masuk ke dalam asrama dan berjumpa dengan pengurus yang menguruskan hal ehwal berkenaan dengan anak – anak istimewa ini. Sebahagian dari anak – anak lelaki dibawa ke asrama perempuan bagi menjalankan aktivi kami. Di sana, kami melihat kehidupan mereka sangat sengsara, maksudnya sengasara tanpa kasih dan sayang dari seorang ibu dan ayah. Akan tetapi ada juga daripada mereka yang tinggal di rumah amal ini disebabkan deraan dari ibu dan bapa, bapa seorang penagih dan ada juga yang sanggup merogol anaknya sendiri. Banyak aktiviti – aktiviti yang kami lakukan iaitu bersukaneka, acara senaman pagi, latihan dalam kumpulan dan pelbagai lagi. Untuk sessi latihan dalam kumpulan, saya dapat melihat bahawa anak – anak yang berada di rumah amal limpahan kasih mempunyai kelebihan dan boleh bercakap dihadapan orang ramai. Pada awalnya memanglah mereka malu kerana tidak biasa dan mungkin kekok bercakap dihadapan orang yang baru sahaja dikenali, tetapi apabila kami memainkan peranan dan menunjuk ajar kepada mereka bagaimana untuk bercakap di khalayak ramai mereka dapat faham dan boleh melakukannya. Akan tetapi ada segelintir anak – anak istimewa ini memang malu untuk berdepan dengan orang yang tidak dikenali sehinggakan setiap kali melakukan sessi mereka akan mengasingkan diri di dalam bilik. Apabila saya bertanyakan keapda ustaz atau pengurus yang menjaga mereka, mereka berkata bahawa sesetengah anak – anak ini tidak dapat menerima hakikat yang mereka jadi begini. Sungguh pilu apabila mendengar penjelasan dan penerangan dari pada ustaz atau pengurus tersebut. Kami selaku fasilitator atau abang dan kakak angkat menerang dan memberi nasihat kepada anak – anak istimewa ini supaya belajar bersungguh – sungguh kerana ilmulah yang akan membentuk seseorang itu, tanpa ilmu pun kita boleh berjaya tetapi Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda kepada umatnya bahawa tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China. Semangat itulah yang kami semaikan di dalam hati anak – anak istimewa ini supaya mereka tidak berasa lemah untuk mengharungi liku – liku hidup yang akan mereka tempuhi kelak. Kami juga menyumbang beberapa derma dari pelbagai bentuk daripada ibu dan bapa dan juga pihak – pihak yang berkenaan. Selain dari itu juga, kami belikan anak – anak ini makanan segera ataupun fast food iaitu Mcdonald. Mereka seolah – olah macam tidak pernah merasa makanan tersebut dan timbul rasa kesian pada mereka. Kami juga mengadakan sesi makan kek bersama anak – anak istimewa ini bagi menyambut dan memberi keazaman kepada mereka supaya mereka tidak mudah patah semangat apabila besar nanti. Walaupun subjek Bahasa dalam Multimedia tiada kaitan dengan isu anak - anak yatim tapi apa yang ingin Dr.Normaliza ingin tonjolkan pada pelajar – pelajar beliau ialah sifat empati dan kesedaran diri. Ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa walaupun kita susah tetapi kita mesti ingat bahawa ada yang lebih susah daripada kita cuma kita yang tidak sedar akan semua itu. Kita mesti disemaikan dengan sifat – sifat empati iaitu memahami apa yang orang lain rasa. Selain itu juga kita haruslah membantu dan juga menolong kepada mereka yang lemah dan janganlah kita sombong apabila kita berada di atas kelak. Apa yang cuba Dr.Normaliza ingin semaikan ke dalam hati pelajar – pelajarnya adalah supaya apa yang kita lakukan mesti dilakukan dengan seikhlas hati dan tiada mempunyai perasaan hasad dengki dan juga bongkak. Menolong orang yang di dalam kesusahan adalah perkara yang mulia di sisi tuhan. Perkara – perkara sebegini haruslah disemaikan ke dalam hati setiap insan supaya kesedaran diri itu sentiasa ada di dalam hati.

Sepanjang saya berada di dalam kelas Bahasa dalam Multimedia, saya merasa banyak ilmu dan banyak pengalaman yang saya dapat timba yang mana pengalaman dan ilmu itu dapat memberi kesedaran kepada diri dan juga ilmu yang saya perolehi itu akan saya gunakan untuk diri saya dan saya akan gunakan dengar penuh hemah. Walaupun ada kalanya saya tidak berapa bersetuju dengan layanan Dr.Normaliza tapi saya merasakan bahawa itu adalah satu permulaan ataupun ianya dikatakan sebagai pra – pekerjaan sebelum masuk ke alam pekerjaan yang sebenarnya. Subjek Bahasa dalam Multimedia ini banyak memberi manfaat pada saya dan juga kawan – kawan yang lain. Ilmu yang diturunkan kepada saya daripada Dr.Normaliza dan Dr.Arbaie Sujud adalah sama sekali berkaitan dengan bidang yang saya ceburi sekarang iaitu komunikasi penyiaran. Selama hampir 3 tahun saya belajar dan menjadi pelajar fakulti bahasa moden dan komunikasi, tidak pernah lagi jabatan komunikasi menawarkan subjek yang lebih memberikan penerangan teori dan juga praktikal tentang bagaimana hendak menggunakan perisian – perisian seperti Adobe Photoshop dan pelbagai jenis perisian yang ada. Selain itu, subjek ini juga memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan blog sendiri walaupun isi di dalam blog itu bukan tentang diri sendiri tetapi sekurang – kurangnya saya tahu sekarang bagaimana untuk menghasilkan blog yang cantik – cantik.

Apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr.Normaliza kerana selama 14 minggu saya menuntut ilmu dengan beliau, beliau sangat tidak kedekut dalam memberikan ilmu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik aliya kerana banyak memberu tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan perisian – perisian yang diperlukan dan saya ingin mengucapkan terima kasih dan minta maaf kepada Dr.Arbaie Sujud kerana memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan papan cerita yang bagus dan sempurna dan juga saya ingin meminta maaf atas apa yang terjadi hanya disebabkan kecuaian dan kelekaan saya. Terima kasih banyak – banyak. Assalamualaikum.


-SEKIAN-

ShuQrie(Empunya Blog) With Dr.Normaliza Abd Rahim

Aku pelajar komunikasi yang mengambil pengkhususan dalam bidang penyiaran. So..aku banyak terlibat dengan dunia teknologi dan ICT yang semakin la semakin canggih manggih nie..Hahahaha..Itu selingan jerk..korang dapat agak saper agak yang yang duduk sebelah aku dalam gambar ni???uikz...Bukan mak aku la..ini la Dr.Normaliza Binti Abd Rahman..Beliau antara pensyarah yang aku suka cara beliau mengajar dalam kelas..kebanyakannya praktikal..aku kurang skit dengan teori ni..aku jadi bosan, ngantuk, lembab dan macam - macam lagi..Pada pendapat aku, Dr.Normaliza ni memang tegas, kadang - kadang garang..memang stress la..tipu la aku cakap tak stress..taku aku tak pedulu semua tu..apa yang penting la kawan - kawan aku yang pernah ambil subjek ni kebanyakan dari mereka cakap Dr.Normaliza happening..try masuk tengok kelas Dr.Normaliza..bila dah masuk aku rasa betul la apa kawan - kawan aku cakap..Dr.Normliza mengajar subjek Bahasa dalam Multimedia (BBM3410) memang best..tak da nota..nota ambil guna kamera..pelik la cara mengajar dia..tapi memang happening, aku tak penah ponteng kelas dia dan aku tak pernah rasa bosan atau mengantuk dalam kelas dia...subjek nie aku rasa banyak bagi manfaat kat aku sebab..kebanyakan silibus yang diajar dalam kelas samaada kelas lab atau kuliah je..banyak bagi manfaat kat aku nie..aku pelajar penyiaran..so subjek ni kurang lebih sangkut paut dengan bidang aku la..yang paling aku suka dalam kelas ni..aku boleh edit video..aku cukup suka edit video..aku guna edius version 9 jer..yang kedua best dalam subjek ni..masa kelas lab la..belajar Adobe Photoshop..disuruh buat kalandar lag tu..apa pun la..3 tahun aku belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) nie..ini la subjek pertama aku yang ada guna software macam Adobe Photoshop ni..

Journal Dr.Normaliza



Gambar Di atas adalah Contoh Journal Dr.Normaliza


Dr. Normaliza Binti Abd Rahim banyak menghasilkan journal - journal. Kebanyakan journal-
journal yang dihasil dan diterbit dari luar negara.

Monday, April 6, 2009

Kepakaran

Dr.Normaliza pakar dalam bidang:-

Instructional Design ICT

Sociolinguistics

Human Communication

TESL (Rekabentuk Pengajaran)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sosiolinguistik

Komunikasi Kemanusiaan

Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua

Atrikel Terbitan Dr.Normaliza Binti Abd Rahim




Dr.Normaliza banyak menghasilkan jurnal - jurnal terbitan beliau bersama - sama rakan.

Tahun 2006

Normaliza Abd Rahim and Nik Ismail Harun

(2006) First We Imagine Then We Collaborate: An

Insight With Autistic Children. Jurnal Gading. Vol. 10:

2006.

Zaitul Azma Zainon Hamzah and Normaliza

Abd Rahim (2006). “Speech Amongst Malay

Children: An Insight of Living and Maturity”. Journal

of Pan-Pacific Association of Applied Linguistics. Vol.

10: No. 2.



Tahun 2007


Normaliza Abd Rahim, Zaitul Azma Zainon

Hamzah, Normahdiah Sheik Said, Norizan Che Su

(2007) An Imaginative Learning Approach to Using

the Computer: An Insight with the Special Needs

Children. The International Journal of Learning.Vol:

14 No 3. pp 1-8


Normaliza Abd Rahim and Zaitul Azma

Zainon Hamzah (2007) Interaction Pattern Amongst

Asperger Children. UK-Cognitive Linguistics

Association. Vol: 7 No 1



Tahun 2008


Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Normaliza Abd Rahim (2008)

. Penggunaan Gambar dalam Pembelajaran Bahasa. Cendekia:

Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Pp 91-103



Normaliza Abd Rahim dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2008)

Kiasan Melayu Sebagai Khazanah Bangsa Melayu. Cendekia:

Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu.

Pp120-131.


Perkhidmatan Professional


Dr.Normaliza banyak menawarkan perkhirmatan professional seperti :-

Undergraduate dissertation
Special Educational Needs
Pre- School Education
Primary Education - Literacy and Numeracy
Human Communication
Motivation




Dr. Normaliza -Seminar Workshop-

Terdapat banyak seminar dan juga workshop yang dikendalikan oleh Dr.Normaliza. Antara seminar dan juga workshop yang pernah diadakan adalah seperti dibawah:-


Public Relation - Customer Service (Nottingham, UK)
(2001)


Human Communication - (Nottinghamshire, UK)

(2001)


Human Communication 2 - (Nottinghamshire, UK)

(2002)


Human Communication 3 - (Nottinghamshire, UK)

(2003)


Information Communication Technology - (Nottingham, UK)

(2001)


Information Communication Technology 2 - (Nottingham, UK)

(2002)


Counselling (Nottingham, UK)-2001